Luxor JeliGamat


Tulen, Selamat dan Berkesan

Selama 20 tahun, Luxor Network Sdn Bhd telah menerajui pasaran bukan sahaja sebagai pelopor produk jeli gamat tetapi juga peneraju inovasi kaedah saintifik untuk mengeluarkan produk yang unggul.

Luxor JeliGamat adalah peneraju dan perintis yang terbukti di pasaran. Luxor JeliGamat memberi anda lebih nilai untuk wang anda dengan produk-produk yang terbukti Tulen, Selamat dan Berkesan.

Sebagai pengguna, kita harus pastikan bahawa pembelian kita terbukti tulen dan berkualiti.

Setiap isi rumah perlu ada Luxor JeliGamat yang dianggap sebagai anugerah alam semulajadi untuk kesihatan manusia sejagat.

Stichopus Hermanii

Khasiat

Gamat rendah kalori dan lemak serta tinggi dengan protein, menjadikannya makanan yang sesuai untuk mengurangkan berat badan.

Gamat mengandungi pelbagai khasiat termasuk antioksidan yang baik untuk kesihatan. Kebanyakan spesies gamat terdiri daripada 41%-63% protein.

Menambah sumber protein membantu memastikan kita tidak cepat lapar.

Ini dapat membantu mengurangkan jumlah yang dimakan dan menstabilkan kadar gula dalam darah. Makanan yang kaya dengan protein seperti Gamat sangat bermanfaat bagi penghidap diabetes yang ingin mengawal kadar gula dalam darah mereka.

Selain itu, diet yang kaya dengan protein boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung, membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kepadatan tulang.

Manfaat

Video

'Miracle' sea cucumber used to treat cancer
Sea cucumber a miracle healer
Why So EXPENSIVE
'Miracle' sea cucumber used to treat cancer(BM Sub)
民视全球新闻
海参用于治疗癌症
海参能增强免疫
海参有哪些营养价值


FAQ

Adakah terdapat banyak jenis timun laut?

Ya. Pada masa ini terdapat kira-kira 1.000 hingga 1.400 spesies yang direkodkan di dunia. Tetapi hanya 40 spesies yang boleh dimakan.

Adakah terdapat perbezaan antaranya?

Ya. Menurut hasil laporan penyelidikan, hanya species "Timun Laut Emas" yang mengandungi nutrien yang paling banyak. Oleh itu ia mempunyai kesan yang paling ketara.

Dari mana asal timun laut emas?

Asia Tenggara, terutamanya Malaysia.

Bagaimana saya membuktikan keberkesanan jeli gamat?

Dalam sejarah perubatan tradisional, terdapat rekod tang jelas dimana gamat digunakan untuk perubatan dan kesihatan sejak era Tiga Kerajaan Tamadun Cina. Catatan sejarah China juga menunjukkan bahawa kumpulan etnik Melayu pada umumnya telah menggunakan gamat sebagai rawatan kesihatan harian dan juga rawatan penyakit pada abad ke-16. "Luxor Jelly Gamat" mula dikenali sejak dilancarkan pada tahun 1998 dan banyak testimoni telah mengesahkan bahawa ia telah membantu pengguna dengan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah jeli gamat makanan semula jadi? Mengapa ia berkesan?

Jeli gamat emas adalah makanan semula jadi. Ia mempunyai kesan yang sangat komprehensif kerana kaya dengan asid amino, mineral, terutamanya kolagen dan hingga 59 jenis faktor aktif semula jadi.

Adakah jeli gamat emas mempunyai kesan sampingan?

Laporan penyelidikan saintifik dan maklum balas pengguna tidak ada menunjukkan apa apa kesan sampingan.

Bolehkah orang yang mempunyai alahan makanan laut mengambil jeli gamat?

Tidak ada laporan saintifik pada masa ini. Tetapi menurut perkongsian pelanggan Luxor, tidak ada masalah untuk mereka yang mempunyai alahan makanan laut untuk mengambil jeli gamat.

Bolehkah wanita hamil mengambil jeli gamat?

Pada masa ini tidak ada laporan penyelidikan saintifik yang disasarkan, tetapi menurut perkongsian sejarah pelanggan Luxor, ia tidak memberi kesan negatif kepada wanita hamil, tetapi mempunyai pelbagai kesan positif seperti mengurangkan rasa sakit, semangat yang baik, dan sebagainya.

Bagaimana untuk tentukan ia tahan lama?

Untuk hasil terbaik, simpan didalam peti sejuk selepas dibuka.

Bolehkah saya mengambil lebih dari jumlah yang disarankan pada label?

Sekiranya perlu, kekerapan dan jumlah yang diambil boleh ditambah.

Bolehkah saya mengambilnya dengan ubat lain?

Disarankan untuk mengambil 1 hingga 2 jam sebelum atau setelah mengambil ubat.

Apakah perbezaan antara Luxor Jeli Gamat dan jenama lain?

Luxor Network Sdn Bhd adalah syarikat pertama yang meghasilakan produk-produk ekstark gamat. Ia mempunyai kandungan konsentrasi gamat yang tertinggi dan dihasilkan di kilang yang mempunyai pengiktirafan GMP.



×

Home Khasiat Manfaat Video FAQ MENJADI EJEN Bahasa